Entah sejak bila film dan drama seram mewarnai dunia kita. Ada saja tema seram yang boleh diangkat. Mula dari sekedar alam misteri hingga ke dunia perbomohan modern. Saya pun minat cerita seram juga. Tapi cuma setakat Friday the 13th, classic wolfman, frankenstein dan dracula/vampire. Lebih dari itu, kena fikir panjang dulu,mungkin tak cukup "guts".
Secara pribadi saya merasakan film/drama seram dari Asia berlipat-lipat ganda lebih seram dari film/drama seram western. Mungkin kerana 2 sebab:
1. sesuatu yang seram di Asia lahir dari adat/budaya/tradisi yang sedia ada dalam negara-negara di Asia, tak kiralah dari Malaysia, Indonesia, Thailand atau Korea. Yang pasti, tengok sedutannya saja, mata tak boleh lena dibuatnya.
2. sesuatu yang seram dalam definisi western pula lebih kepada something futuristic and explainable. Ada penghujungnya yaitu sains. Kalau adapun yang bersumber dari adat/tradisi/budaya selalunya lebih kepada mitos atau sesuatu yang diadaptasi dari dunia Afrika (vodoo) atau Arab (Jin).
Saya cuma terfikir, kalau film/drama yang berunsur sex boleh ditapis, kenapa film/drama seram tidak. Satu perkara yang saya bimbangkan adalah tanpa disedari apa yang berlaku dalam film/drama seram akan menjadi ikutan. Memanglah kita nak membuka mata orang awam betapa durjananya perbuatan syirik seperti praktik perbomohan, tapi silap hari bulan orang awam pun akan jadi "suspense" dan mencuba-cuba perkara terlarang itu. Kalau ya pun nak tunjuk keburukan "nasi kangkang" tak payahlah nak tunjuk macam mana nak buat. Kalau ya pun nak tunjuk macam mana nak pekena orang jarak jauh ala vodoo, tak payah lah tunjuk anak patung tu.
Entah mengapa dunia kita seakan kembali ke era sebelum abad 21, dimana praktik-praktik jahat seumpama ini begitu dipercayai dan menjadi ikutan. Tak cukup lagikah kita dengan Al Quran sebagai pedoman hidup sehingga kita tercari-cari benda yang jahat ini. Anda mungkin menikmati film/drama seram sebagai sesuatu yang menyeronokkan, mencabar keberanian anda, tapi anda mungkin tak sedar bahwa sedikit demi sedikit minda anda akan mula terpengaruh olehnya. Seberapa besar dan seberapa buruk kesan itu tergantung pada sejauh mana minda dan iman anda boleh menapis unsur-unsur dalam film/drama seram tersebut.
No comments:
Post a Comment