Condemn Israel!!!!!

Friday, July 18, 2008

Anak siapa ni ......eh?

Sedar atau tidak peratusan kes anak luar nikah semakin meningkat. Hanya saja, yang "bernasib baik "tu boleh di "expose" di media massa hasil penemuan "bukti" tak kira yang masih hidup atau sudah mati. Yang lain pula dianggap kes "kecil" dan "biasa" mungkin kerana terlalu kerap berlaku, masyarakat seolah mati hati untuk ambil peduli perkara ini. Sendiri buat, sendiri cari pasal, katanya.

Perkara ini memang susah nak diselesaikan. Adakalanya kerana salah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan bisnes atau ber"persatuan". Adapula kerana pengaruh teman-teman, tambahan pula usia remaja di mana proses mencari identity sedang belaku dan keingintahuan itu begitu besar dalam diri remaja kita. Kalau "belum terlambat", bolehlah kita membimbingnya ke jalan yang betul. Sebab adakalanya keadaan emosi seseorang remaja itu boleh kita baca secara zahir dari cara bercakap dan tindakannya. Tapi keadaan makin rumit kalau si remaja adalah jenis "2 personaliti", ertinya di depan kita dia mampu tunjukkan yang "baik-baik", tapi dibelakang "lain cerita".

Drama tv dan film pula, tak kira tempatan ataupun luar negara, seakan berlumba-lumba menyampaikan mesej bahwa free sex atau anak luar nikah adalah sesuatu yang "biasa" dan "acceptable". Akibatnya semakin suburlah perkara haram ini.

Apapun marilah kita berganding bahu untuk sama-sama melindungi generasi akan datang. Tak susah, kita mulakan dari dalam keluarga sendiri. Yakinlah bahwa didikan yang baik mampu menciptakan anak yang baik pula. Di akhirat kelak kita akan dimintai pertanggung jawaban tapi di dunia ni jauh-jauh lagi kita akan rasa terhukum jika orang bertanya "anak siapa ni....eh? dalam konteks negatif tentunya.Wallahu'alam.

No comments: