Condemn Israel!!!!!

Wednesday, July 16, 2008

Panggilan Hangit

Isnin petang yang panas. Di sebuah rumah...........
Kring........kring.........bunyi telephone bertalu-talu. Bukan tak ada orang kat rumah,tapi si anak dara segan nak bangkit dari kerusinya. Dia yang sedang asyik mengulang kaji benar-benar terganggu.

Nisa: Hello (malas nak cakap).
(Lama ditunggu tak da pula yang jawab) Hello ...........(kali ini mula geram)
suara:hello nita,ini Sam
Nisa:Tak da nama nita kat sini. Wrong number.(nak menghempas telephone. tapi....)
suara: eh, iya kah? (macam terkejut) Ini siapa? kat mana ya?
Nisa: Nisa, taman gelugur. (dia fikir,orang ni degil betul)
suara: ooooo ok,ok sorry
tit.....................(talian terputus)

Nisa kembali ke meja belajarnya dengan tak bersemangat. Rosak sudah mood belajarnya petang itu.
Beberapa hari kemudian.......................
Kring...............kring...................telephone kembali berdering.

Nisa:Hello (selamba)
suara:Hello, ini Nisa kan? (macam ragu-ragu)
Nisa: Ya, siapa ni? (hairan)
suara:Sam, ingat lagi tak hari tu saya silap number? (berusaha meyakinkan)
Nisa: ooo yang tu. Ada apa? (makin hairan)
suara: saja, tak kan lah tak boleh kenal kot? (menggoda) Sejak hari tu saya asyik teringatkan suara awak, sungguh merdu bak buluh perindu.
Nisa: ya kah(suspense)
suara:Kalau suara merdu macam tu mesti rupa pun cantik memikat kan?
Nisa: tak juga (tersipu malu) You dok mana? Hari tu nak call nita dapat tak? Siapa dia tu?
suara:tak payah lah ber u u. Sam je, kan manis hehehe.......
Nisa:hehehe.........(makin tergoda)
suara:ehmmm yang nisa tanya banyak tu kenape? jealous ke?
Nisa:isy, tak da lah.(tercabar)
suara: Nita tu my cousin,dari kampung. ehmmmmmm(macam ragu-ragu)
Nisa: ehm apa? (makin suspense)
suara:kalau kita jumpa............nak tak?
Nisa:jumpa buat apa?(kali ini dia pula mencabar)
suara:ya..........supaya lebih kenal,siapa tahu boleh jadi kawan. ok tak?
Nisa: boleh, nak jumpa kat mana, bila? (bersemangat)
suara:macam mana kalau sabtu petang ni, kat plaza square? (berdebar)
Nisa: macam mana saya tahu itu awak? (tak sabar)
suara: Saya akan pakai cap merah. Tak pa, nanti saya tunggu awak lah. Jangan bimbang. ok? (minta kepastian)
Nisa:ok (setuju)
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
Bagaimana kesudahan cerita ini, harap-harap anda boleh menekanya. Inilah salah satu modus operandi yang kerap digunakan untuk menjerat remaja-remaja kita. Ada kalanya mangsa bukan saja perempuan, tapi juga laki-laki. Entah suatu kebetulan atau memang disengajakan,kekadang maklumat yang diinginkan "orang jahat" sepadan dengan maklumat yang diberikan oleh "calon mangsa". Apapun, berhati-hatilah, lebihkan kawalan yang mendidik kepada anak-anak kita. Semoga Allah sentiasa melindungi kita,Amin.

No comments: