Condemn Israel!!!!!

Thursday, July 17, 2008

Zaman Sudah Berubah..........

Dulu:
Ketika seorang anak teruna nak meminang anak dara, soalan pertama yang akan ditanya oleh ayah sang dara adalah:"Sudah berapa kali khatam Al Quran?" "Siapa Tok Guru?" atau "Mengaji Quran kat mana?" "Macam mana awak nak mendidik dia sebagai suami kelak?

Dari jawaban sang teruna, dapatlah diketahui pemahaman agamanya,budi bahasanya dan kemampuannya dalam mengendalikan bahtera rumah tangga nantinya. Sambil bertanya sambil siasat, betul tak betul anak teruna berasal dari keluarga yang baik-baik dan bergurukan tok guru yang baik pula.

Sekarang:
Ayah sang anak dara akan to the point saja:Macam mana boleh kenal? "Kerja kat mana?" "Berapa gaji sebulan? "Boleh kah menyara makan minum pakaian anak bini nanti?" Berapa adik-beradik? Ibu bapa kerja apa? Dah punya rumah sendiri kah? Esok nak bawa bini dok mana?

Jawaban yang diingini tentu saja yang "ringkas tapi padat".

Dulu:
Ibu bapa bagai keramat hidup. Doanya selalu dinanti. Dimaki,disebat pun dianggap curahan kasih sayang yang tak bertepi. Pantang melawan, menjawab, apalagi membangkang. Sungguh takut mengguris hati ibu bapa. Takut bernasib macam malin kundang dan si tanggang.

Sekarang:
Ibu bapa masih hidup atau sudah mati pun dianggap sepi. Dianggap menyusahkan dan asyik masuk campur urusan pribadi. Bukan setakat mengherdik, silap hari bulan ibu bapa mampus kena belasah, dibuang atau terbuang, atas alasan sibuk atau membebankan. Tak kurang pula yang jadi orang gaji anak sendiri. Boleh jimat duit bulanan katanya. Naudzubillah.

Dulu:
Profesi guru amat diminati. Tak kira bergaji kecil janji dihormati, dah puas rasa dihati. Ilmu diberi mencurah-curah,janji sang murid jadi orang berguna. Sang murid pula hormatkan cikgu. Pantang membantah, ikut nasihat selalu. Petua diperhati jadi pedoman hidup dan mati. Bila cikgu susah, murid sedia membantu. Ibu bapa pula percayakan cikgu. Diserahkan anak untuk dididik. Tak kira berapa batu jauhnya cikgu, dihantar juga anak ke situ.

Sekarang:
Profesi guru dianggap last choice. Tak berapa minat tapi dah kena jalan buntu terpaksa ke situ. Ilmu diberi segan silu, seolah tak nak murid mengalahkan guru. Sang murid pula pandai melawan, tak suka guru memberi tunjuk ajar. Silap hari bulan guru mampus kena belasah atau juga kena saman. Ibu bapa pula tak percayakan cikgu. Dianggap cikgu tak reti ajar budak. Kalau budak dapat markah kosong disalahkannya lah cikgu, cikgu cuma nak makan gaji buta katanya. Astaghfirullah.

Apa yang digambarkan diatas adalah pandangan secara global. Ada beberapa perkara masa dulu yang masih boleh diguna pakai. Ada pula yang memerlukan penyesuaian. Mana yang baik kita budayakan, yang buruk buang jauh-jauh. Zaman sudah berubah.........dunia semakin maju, tapi nilai-nilai luhur moral, sosial dan agama mesti dikekalkan.

No comments: