Condemn Israel!!!!!

Monday, July 14, 2008

Shopping Style

Suatu pagi................tet tet..............sebuah kereta kancil putih meluncur perlahan mendekati sekumpulan suri rumah yang berteduh di bawah pokok pelam. Seorang wanita bertubuh kecil keluar dari kereta itu sambil melempar senyum lebar. "Assalamu'alaikum.........." dia mula meyapa mereka dan di jawab" Wa'alaikum salam.............."

kak ta:amboi.........ingatkan siap dia..........kereta baru nampak.........
kak jah: banyak duit lah tu.........mana hang baling proton buruk tu? (sambil menghulurkan kerusi plastik putih kepada kak sun.
kak sun: sat, sat.........nak bernafas dulu......(nampak letih)
kak zi: apa cerita, lama tak mai.........
kak sun: saya baru balik dari KL ni, saja shopping. Hang pa nak tengok dak, saya beli macam-macam barang, cantik...........ada kat belakang kereta.........(sambil bangkit menuju kancilnya)
kak ma:tengok tu, kita dok kisah kabar dia, dia pulak, mai mai nak terus berniaga.(tertawa)
kak sun: tengok, tudung, beg, kain ela, semua ada..........
kak ta: macam-macam ada...........macam astro la tu..........(sambil memegang sebuah beg tangan jenama"gucci".
kak jah: harga pun macam-macam kan................(menyindir)
kak sun: eh, tak mahai, senang je, pilih mana-mana hang pa suka, kita kira, catit dalam buku, bulan-bulan bayar ............
kak zi: iyalah tu............hutang hari tu pun tak habis lagi.........
kak sun: ala jangan bimbang, hang pa kenai lah dengan kak sun ni, semua boleh diatur...........(senyum)

Tak berapa jauh dari tempat mereka "berteduh",nampak seorang wanita gemuk bergaya, tengah membuka pintu garage rumahnya.

Kak ma: amboi,lawanye, nak pi mana tu?
kak sun: jiran baru ke?(berbisik, penuh minat)
kak nah:nak pi supermarket sat, nak beli ikan, barang dapur, biasalah awal bulan.........
kak zi:awat tak pi beli kat pack cik yan? Hari-hari dia lalu, mai bawa ikan, sayur apa semua. Sat lagi, pukul 11.
kak nah: isyy, dia tu bawa ikan kecik je, takkan lah hari-hari nak makan benda tu je, kurus lah badan(tergelak)
kak ta: elok lah tu boleh lah slim sikit(menyindir)
kak jah: kat pakcik tu pun boleh tempah, hari ni hang tempah daging ka, ikan ka, esok dia bawa la..........
kak nah: tak nak lah, leceh.......
kak zi: kat depan tu pun ada nat tiap hari rabu.
kak nah: isy, habis lencun kaki ku,becak, bau pulak tu(sambil menutup hidung)
kak ma:amboi, belagaknya, takkan hang tak pernah pi pasar besar tu. Tang tu, lagi lencun.
kak nah:tak pernah pi pun. kami biasa shopping kat market. senang, harga kat sana dah "pasti",tak payah nak tawar menawar, buang masa. okelah na, dah dekat pukul 10. lepas ni nak terus masak.(sambil menuju kereta civic nya)
oke................terdengar suara serentak, seolah setuju.

Kak ta: biasalah tu, orang banyak duit. Esok muflis baru hang rasa.........(sambil mengherotkan mulutnya)
Kak sun:oke macam mana, sila puan-puan pilih(promosi barang balik)
kak ma: eh, ta, petang ni kita pi kedai kasut chong tu nak?
kak ta: ada apa?
kak ma: ada sales kasut, murah,tapi cantik-cantik..........
kak jah: siapa kata?
kak ma: semalam tu anak saudara pi sana. ada jualan murah dia kata.
kak zi:ala perabis duit je, kata 10 ringgit sepasang. Tak sampai seminggu, lekang lah dia.
kak ta: ada rupa ada harga.
kak zi: elok beli jenama hush puppy kah, jenama..........hang pi terus kat kedai kasut oke punya lah?
kak jah: kami mana ada duit. Lain lah hang tu, duit bayak, laki pun duit belambak.
kak zi: ala tak la macam tu sekali, tapi kan kena lah bergaya sikit, malu lah orang nampak kita pakai benda tak ada jenama.
kak sun: oooooooo macam tu kah, jadi barang kak sun ni tak masuk standard lah tu...(terguris hati)
kak zi: hehehe(terlanjur cakap)

Setelah puas membelek-belek katalog,dan membuat tempahan. Setelah puas "pegang-pegang" barang yang nak dibeli..............
kak sun: ok, semua clear. saya nak pi taman jati pulak.(sambil bangkit, menuju kereta)
kak ma:banyak orang order ka?
kak sun:tak, nak kutip hutang je hehehe bulan depan saya mai sini pulak
kak jah: hang mai 3 bulan lagi pun, lagi elok.(tersenyum)
kak sun: oiiiiii tak boleh, bankrup lah badan..........ok, na jumpa lagi........Assalamu'alaikum.......
"wa'alaikum salam" semua menjawab serentak. dan............berakhirlah episode shopping bulan ni........................

No comments: