Condemn Israel!!!!!

Sunday, July 20, 2008

Perpaduan Melayu

Istilah di atas makin kerap kita dengar. Tapi kalau anda "orang atas", cubalah "turun padang" bertanyakan pandangan akar umbi mengenai hal tersebut. Percaya atau tidak, kebanyakannya keliru. Tak berapa pasti apa maksud istilah itu. Dulu, pada zaman penjajahan, sebut saja perpaduan melayu, semua orang mesti faham. Sebab itu ertinya bersedia mengangkat senjata, berkorban jiwa raga untuk memerdekakan tanah air. Tapi sekarang, ramai juga yang justru balik bertanya"la ni merdeka dah. Perpaduan melayu apa lagi? Nak perang dengan siapa?

Mungkin ada yang beranggapan itu adalah soalan bodoh. Tapi soalan itu keluar dari mulut orang-orang "terdahulu",yang tidak memegang apa-apa jawatan hingga saat ini, orang-orang yang terabaikan setelah berjuang mati-matian untuk negara ini tetapi tersadai di celah-celah "kemajuan zaman".

Manakala generasi "sekarang" yang lebih mengenal hidup pasca kemerdekaan akan beranggapan seperti ini:"perpaduan melayu maksudnya..........ya masuk parti melayu lah". Kalau dah begitu, tentu UMNO yang paling "untung kan?
Tapi ada pula yang pertikai:"Habis tu macam mana dengan PAS, depa tu bukan melayu kah?
Ada pula yang bising: Lah, PKR tu pulak macam mana, ramai melayu kan? Takkan nak bagi kat UMNO je kot?

Apapun pandangan anda, terpulang pada sejauh mana anda "meneliti" keadaan di sekeliling anda. Tapi mungkin 3 perkara berikut boleh menjadi pedoman:
1. Hak keistimewaan Melayu dan identity melayu adalah Islam mesti dikekalkan.

Kebelakangan ini ada suara-suara sumbang yang mulai mempertikaikan hak keistimewaan melayu. Macam-macam argumen yang diberikan. Pandangan yang membantah pun lagi banyak. Tapi mari kita guna logika seperti ini. kalau sekarang di negara India atau Cina terdapat 40% hingga 60% orang melayu, lalu mereka menuntut "persamaan hak" yang setaraf dengan rakyat tempatan, agak-agak apa yang boleh berlaku? Silap hari bulan habislah melayu kena belasah atau mungkin di "bantai" macam kes serbia membantai bosnia. Bukan saya nak mengugut kaum bukan melayu, tapi bila meminta sesuatu biarlah bertempat. Tanah yang anda pijak adalah tanah melayu(plus pribumi,tengok artikel "aborigine"). Kalau anda pertikaikan hak keistimewaan melayu, itu sama ertinya dengan anda mempertikaikan asas berdirinya negara ini, mempertikaikan kesepakatan pemimpin-pemimpin terdahulu ketika membina negara ini. Kalau tak mau rasa sakit, jangan menyakiti orang lain, betul tak?

Identity melayu adalah orang islam juga mesti dikekalkan. Tanpa kita sedari mungkin peratusan kes murtad semakin meningkat. Entah apa yang menjadi penyebabnya belum dapat dirungkai secara pasti. Mungkin kerana pendedahan yang kurang dari pihak media massa akibat kurangnya bukti dan saksi atau mungkin juga kerana tak ada yang berani menyingkap tabir ini dengan alasan "itu isu sensitif".

2. Melayu hendaklah menyokong ekonomi Melayu.

Sekarang ini berlambak-lambak syarikat bumi putra. Macam-macam ada. Terpulang pada anda nak menyokong yang mana satu,janji melayu dan halalan toyyibah. Tapi ingat, jangan pula terlibat dalam skim cepat kaya, walau pun melayu yang punya kerja. Silap hari bulan, sendiri binasa.

3. Mengekalkan nilai-nilai luhur kemelayuan.

Malaysia dikenal sebagai negara yang kental dengan ciri kemelayuannya. Mana-mana yang positif tu hendaklah terus dikekalkan dan dikembangkan seperti bermusyawarah mufakat, tolong menolong,bertolak angsur. Mana-mana yang tak elok tu buang jauh-jauh seperti kegemaran menggunakan khidmat bomoh, dengki-mendengki dengan jiran tetangga, perangai nak cepat kaya.

Perpaduan melayu........senang kan nak cakap,tapi nak buat cukup susah. Ada suara-suara sumbang yang tak yakin perkara ni boleh wujud,mungkin kerana pola berfikir kita terlanjur dikotak-kotakkan dalam parti-parti yang berbeza. Apapun, tak ada yang tak mungkin. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

No comments: