Di Malaysia:
Dulu ketika BN menjadi penguasa "tunggal", ramai pembangkang yang kutuk. Ini tak kena, itu tak kena, yang bukan pembangkang pun akhirnya jadi pembangkang pula kerana "tak puas hati".
Sekarang, setelah Pakatan rakyat dapat "durian runtuh",kemenangan yang tak disangka-sangka, banyak janji ditabur. Bab janji tu tak kisahlah, kita tunggu sampai bila depa nak buat. Tapi yang menyakitkan hati, kalau cakap tak serupa bikin. Suruh rakyat jimat cermat, tapi sendiri tunjuk gigi. Macam orang lepas gian, yang dulu dia tak dapat, sekarang dia kaut banyak-banyak. Tak ingat kanan kiri, tak peduli orang maki. Janji diri hidup senang dan mewah, setelah dulu "puas menderita."
Di luar negara:
Kalau Iran, atau negara-negara "kecil" kempunan membangunkan teknologi nuklear, Amerika macam kebakaran janggut, takut kena belasah agaknya. Tapi kalau Amerika nak tambah sistem nuklearnya siapa pun tak boleh bising, hatta rakyatnya sendri pun tak didengari. Nak jaga imej "polis dunia" katanya.
Kalau Malaysia nak buat hub pengilangan senjata, singapura kecoh. Dekat sangat dengan depa katanya, berbahaya. Tapi kalau singapura nak beli pesawat tempur tercanggih, siapa pun tak boleh bising, takut tergugat oleh ancaman negara lain, katanya. Entah siapa yang dimaksud, tentu mereka lebih tahu.
No comments:
Post a Comment