Pejam celik,pejam celik, dah dekat bulan Ramadhan. Ada yang mula tempah baju raya, sebab tukang jahit kan tak terima tempahan dekat-dekat raya, semua order kena masuk sebelum puasa. Ada yang mula mengira modal untuk buat bisnis time puasa, berniaga bulan puasa kan cukup menguntungkan. Ada yang mula mengira bajet ubah suai rumah, ganti langsir dan mengira berapa balang biskut raya nak kena tempah.Banyak tetamu, konon.
Tapi kan diantara semua tu, ada seperkara yang cukup buat susah hati kaum perempuan. Apalagi, hutang puasa Ramadhan tahun lepas. Yang bernasib baik, 2-3 hari boleh terus bayar. Tapi yang "terkena" seminggu atau pun sebulan (kerana bersalin), tentu pening kepala. Kalau yang masih single, cabaran tak seberapa. Paling banyak pun, badan rasa lemah tak bertenaga untuk buat kerja pejabat atau sekolah. Tapi bagi kaum ibu pula, lain cerita. Nak menyusukan anak, nak buat kerja-kerja rumah, nak hantar anak pi sekolah, nak pi market dan macam-macam lagi, benar-benar buat badan dan jiwa letih berkali-kali ganda. Tambahan pula jika para suami pula"meragam", pening kat pejabat bawa balik rumah. Lagi tak tenang jiwa masa bayar "hutang".
Apapun, selamat membayar "hutang" puasa, kepada semua kaum perempuan di luar sana. Semoga Allah ta'ala memudahkan urusan kita. Amin.
No comments:
Post a Comment